Perdagangan hasil pertanian Indonesia terhadap China mewujudkan lebihan perdagangan sebanyak 2 bilion dolar Amerika, sejak perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dilaksanakan pada 1 Januari tahun ini.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertanian Indonesia, Ir. H. Suswono ketika mempengerusikan majlis penutup "Ekspo Pertanian Antarabangsa Tahun 2010" di Jakarta semalam.
Beliau tidak khuatir pelaksanaan CAFTA, kerana hasil pertanian Indonesia mempunyai kelebihan besar. Menurut beliau, China mengimport produk Indonesia, seperti minyak kelapa sawit, koko dan damar dalam jumlah yang besar.
Pada peringkat awal sejak perjanjian CAFTA berkuatkuasa, beberapa syarikat Indonesia bimbang akan produk China mungkin mengancam produk mereka, dan mendesak kerajaan untuk memperlahankan pelaksanaan perjanjian tersebut. Namun, sekarang, semakin banyak syarikat telah mendapat manfaat yang saling menguntungkan daripada perjanjian tersebut. ( Sumber : CRI Melayu )

Tidak ada komentar:
Posting Komentar