Senin, 07 Maret 2011

Kuiz Pengetahuan Mengenai Sumber Pelancongan di Jiangxi

Saudara:

Untuk makluman anda, "Jiangxi yang Menawan"—Kuiz Pengetahuan Mengenai Sumber Pelancongan di Jiangxi yang dianjurkan oleh Radio Antarabangsa China (CRI) berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Mac 2011. Kami mengalu-alukan penyertaan anda dalam kuiz ini.

Kuiz ini terdiri daripada enam bahagian. Kami mengemukakan 10 soalan dalam keenam-enam bahagian ini. Mereka yang memberikan jawapan yang betul bagi semua soalan akan berpeluang memenangi hadiah daripada CRI.

10 orang pemenang hadiah khas yang terpilih akan diberi peluang melawat provinsi Jiangxi atas tajaan CRI. Program ini juga menawarkan "Hadiah Pertama", "Hadiah Kedua" dan "Hadiah Ketiga".

Anda boleh menghantar jawapan kepada kami menerusi laman web
http://malay.cri.cn/504/2011/01/12/Zt261s117309.htm
melalui e-mel di alamat: mal@cri.com.cn, atau menghantar jawapan ke alamat: Malay Service, CRI-18 China Radio International, P.O. Box 4216, 100040 Beijing, P.R. China

Terima kasih.

Bahagian Bahasa Melayu
Radio Antarabangsa China

Tidak ada komentar: