Pernahkah anda beli barang melalui internet? Mungkin melalui laman seperti eBay atau Amazon? Ada yang berpendapat membeli-belah melalui laman web jauh lebih memudahkan berbanding ke kedai. Ada lebih banyak masa untuk pilih apa yang hendak dibeli, dan barang-barang itu akan dihantar terus ke rumah. Pembeli hanya perlu tunggu sahaja di rumah. Pada masa yang sama, ada pula yang rasa membeli-belah begini membahayakan, sebab ada kemungkinan berlakunya penipuan. Selain membeli, kita juga boleh menjual barang melalui internet. Kalau ada barang lama yang sudah tidak mahu disimpan, boleh guna laman web untuk jual atau tukar barang-barang tersebut dengan orang lain.
Apakah pandangan anda dalam hal ini? Sila jawab soalan-soalan yang berikut.
Soalan 1:
Berdasarkan pengalaman sendiri atau orang lain, apakah kebaikan atau keburukan membeli-belah melalui internet?
Soalan 2:
Bagi anda yang gemar membeli-belah melalui internet, apakah yang selalu anda beli?
Soalan 3:
Apa yang anda biasanya buat dengan barang-barang lama, jual atau buang?
Mereka yang jawapannya disiarkan dalam "Suara Sutera" akan mendapat hadiah.
Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda dan kirimkan kepada kami sebelum 22 Mac.
Sekian, terima kasih.
Kirim jawaban anda ke CRI Malay atau emel ke mal@cri.cn
Tidak ada komentar:
Posting Komentar