Jumat, 25 Maret 2011

Siaran bahasa Melayu CRI yang serba baru, bertemu anda pada 1 Mac 2011!

Radio Antarabangsa China (CRI) siaran bahasa Melayu menghidangkan rancangan yang serba baru kepada anda bermula pada 1 Mac 2011. Siaran selama sejam itu terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu berita dan laporan semasa; rancangan bicarawara; dan Bahasa Mandarin Harian.

Penyampai kita Melur, Satria dan Farah akan berjumpa anda setiap Isnin hingga Jumaat dalam ruangan berikut:
Isnin: Sayap (Melur & Farah)
Selasa: Asia Hari Ini (Satria)
Rabu: Suara Sutera (Melur & Farah)
Khamis: Fokus Global (Satria)
Jumaat: Salam (Melur & Farah)
Manakala Wenwen dan Puspa akan menemani anda dalam ruangan muzik setiap Sabtu dan Ahad:
Sabtu: Peti Muzik (Wenwen & Puspa)
Ahad: Irama Sutera (Wenwen & Puspa)

Siaran bahasa Melayu CRI yang serba baru, akan lebih banyak memaparkan pandangan anda. Silalah tinggalkan komen anda di laman web kami supaya berkongsi pengalaman anda dengan kami dalam rancangan CRI.

Tidak ada komentar: