Dalam bahasa Mandarin "Zhu Ren Wei Le" bermaksud "kita mendapat kegembiraan ketika membantu orang lain".
Zhu sama dengan Bang Zhu: membantu
Ren: orang
Wei: sebagai atau menganggap sebagai
Le: gembira
Orang Melayu selalu cakap, "tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima", begitu mulia dan tingginya darjat memberi bantuan kepada orang lain.
Adakah anda bersetuju? Adakah anda rasa benar-benar ada kegembiraan dalam memberi bantuan? Sekiranya saudara ada apa-apa kenangan atau pengalaman tentang memberi, ataupun menerima bantuan, silalah kongsi bersama kami di sini.
Mereka yang jawapannya dibacakan dalam "Salam" pada 1 April nanti akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda dan kirimkan kepada kami sebelum 30 Mac.
sumber : CRI Melayu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar