Jumat, 25 Maret 2011

Pandangan Anda Untuk Promosi Destinasi Pelancongan

Taman Tema Disneyland Shanghai akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 2015. Adakah taman ini akan berjaya menarik lebih ramai pelancong ke Shanghai atau destinasi-destinasi lain yang berhampiran?
Pulau Redang di Malaysia merupakan destinasi percutian yang menarik. Setelah filem "Summer Holiday" yang dilakonkan oleh Richie Jen dan Sammi Cheng Sau Man ditayangkan, semakin hari semakin ramai pelancong datang bercuti di pulau tersebut. Mereka ini mungkin tertawan melihat pemandangan indah Pulau Redang yang dijadikan latar filem tersebut.
Destinasi pelancongan boleh dipromosikan dengan pelbagai cara. Ada cara yang berkesan dan ada yang kurang berkesan. Silalah berikan pandangan anda mengenai dua topik yang berikut.
1: Apakah langkah yang terbaik untuk mempromosikan sumber pelancongan negara anda sendiri? Dan apa sebabnya.
2: Cipta slogan untuk mempromosi pelancongan.
Mereka yang jawapannya dipilih untuk "Suara Sutera" 30 Mac nanti akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda dan kirimkan kepada kami sebelum 29 Mac.
Penyertaan saudara amat kami hargai
. Sumber : CRI Melayu

Tidak ada komentar: