Dewan Pameran Indonesia
Mempamerkan Kepelbagaian Indonesia
Keluasan lantai Dewan Pameran Indonesia dalam pameran ini, luasnya mencecah 4,000 meter persegi. Dewan pameran ini bertema "Bandar ekologi dan kepelbagaian di Indonesia", dan akan mempamerkan budaya, gaya hidup, pembangunan ekonomi dan inovasi Indonesia, serta keharmonian manusia dengan alam sekitar di negara ini.
Terdapat lebih 200 suku kaum yang tinggal di Indonesia. Bandar-bandar di Indonesia pula memainkan peranan penting untuk mendorong perkembangan ekonomi, kebudayaan, sains dan teknologi, kesenian, inovasi dan kualiti hidup di Indonesia. Dewan Pameran Indonesia bagi Ekspo Dunia di Shanghai akan menggambarkan kepelbagaian dan perpaduan suku kaum yang ada di Indonesia.
Ketua wakil Indonesia ke Ekspo Dunia ini, Mari Elka Pangestu menyatakan bahawa, Indonesia merupakan negara yang terbuka. Dewan Pameran Indonesia akan membuka satu tingkap kepada dunia dan mempamerkan potensi perkembangan Indonesia kepada dunia dalam bidang sumber alam, kebudayaan, pelaburan, perdagangan dan pelancongan.
Beliau menyatakan bahawa pembinaan dewan pameran ini dijangka akan memakan belanja 10 hingga 12 juta dolar Amerika. Terdapat buluh digunakan di dalam dewan pameran ini. Ini juga merupakan salah satu simbol penggabungan gaya hidup tradisional dengan gaya hidup moden di Indonesia.
Alat Muzik Indonesia Disediakan kepada Pengunjung
Ketua Jurubina Dewan Pameran Indonesia, Budi Lim berkata, dewan pameran ini dibahagikan kepada 4 tingkat. Para pengunjung boleh melawat pelbagai balai ini dengan menggunakan tangga yang sepanjang 600 meter yang disediakan.
Panggung wayang dan teater, bilik mesyuarat, dan kantin diletakkan di tingkat pertama dewan pameran ini. Penonton boleh menikmati persembahan yang menggambarkan adat resam di Indonesia di panggung. Di kantin pula, pelawat boleh menikmati makanan tradisional Indonesia, seperti nasi kunyit Indonesia yang terkenal itu.
Di kawasan rehat separuh terbuka tingkat pertama, ada sejenis hiasan yang istimewa, iaitu payung China yang besar. Payung-payung tersebut dibuat daripada kertas, dan dapat memberikan teduhan daripada cahaya matahari. Banyak kerusi diletakkan di bawah payung putih ini untuk menjadikannya tempat rehat yang selesa kepada pelawat.
Di tingkat kedua dewan pameran ini ada satu ruang pandang dengar. 7 jenis alat muzik dipamerkan di ruang ini, termasuk gitar, erhu, dan genderang tradisional Indonesia. Pelawat boleh menikmati persembahan pancaragam yang profesional, dan mendengar pelbagai jenis muzik menggunakan kelengkapan elektronik. Pelawat boleh bermain sendiri dengan alat-alat muzik tersebut untuk lagu Ekspo Dunia yang istimewa itu.
Sehelai kertas yang besar ada diletakkan di tingkat dua ini untuk para pelawat menuliskan perasaan mereka tentang lawatan ke pameran ini. Berbeza dengan buku tetamu yang biasa, kertas ini direka bentuk sedemikian rupa, hingga ia boleh bergolek-golek. Selepas satu ruangan habis digunakan, kertas ini akan bergolek untuk menyediakan ruangan yang baru kepada pelawat yang baru supaya mereka dapat terus menulis.
Arca Cheng Ho
Dewan Pameran Indonesia bukan sahaja mempamerkan pemandangan alam yang berwarna-warni, tetapi juga mempamerkan budaya hidup di Indonesia.
Budi Lim menyatakan bahawa, barang-barang yang boleh menggambarkan keistimewaan kehidupan di Indonesia akan dipamerkan di tingkat empat. Di samping itu, pakaian dan adat resam pelbagai kaum di Indonesia juga akan dipamerkan dalam dewan pameran ini.
Tahun depan merupakan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan Indonesia. Pameran tentang kerjasama dan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara juga merupakan salah satu ciri istimewa Dewan Pameran Indonesia ini. Lebih 600 tahun yang lalu, Laksamana Cheng Ho telah belayar ke Asia dan Afrika sebanyak 7 kali, dan telah memulakan hubungan antara China dengan Indonesia.
Menurut Budi Lim lagi, pada zaman itu, Laksamana Cheng Ho membawa banyak bahan seni dan budaya China ke Indonesia, hingga memberikan kesan yang besar kepada kehidupan orang Indonesia. Dewan Pameran Indonesia ini akan menggambarkan sejarah pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia dan Afrika itu sekali lagi. Arca Laksamana Cheng Ho yang tingginya 3 meter dan kapal tradisional Indonesia akan diletakkan di tingkat dua untuk memperingati peristiwa dalam sejarah itu.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar