Jumat, 18 Februari 2011

Soalan daripada Radio Antarabangsa China CRI



HiSaudara Pendengar

Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China(CRI) mengumpulkan jawapan tentang pandangan anda mengenai isu bagaimana mencari jodoh yang sesuai bermula pada hari ini hingga 1 Mac nanti. Silalah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan sebagai berikut dengan teliti dan seterperinci mungkin. Mereka yang jawapannya dipilih disiarkan dalam rancangan radio CRI akan diberikan hadiah sebagai kenang-kenangan.

Bahan latar belakang:
Buku Merah Samar (pink) Penyelidikan Cinta dan Perkahwinan China, iaitu laporan tentang keadaan kehidupan cinta dan perkahwinan penduduk China terutamanya golongan muda pada zaman sekarang telah diumumkan oleh laman web Jiayuan.com. Menurut laporan tersebut, jumlah bujangan China telah mencatat 180 juta orang. Selain itu, beberapa fenomena yang wujud dalam hubungan wanita dengan lelaki juga terkandung dalam laporan tersebut. Misalnya, jumlah bujangan lelaki jauh lebih banyak daripada bujangan wanita; “rumah” dan “kereta swasta” merupakan dua syarat utama bagi bujangan lelaki untuk mencari jodoh.

Sementara itu, konsep LQ, atau Love Quotient dalam bahasa Inggeris pertama kali disebut dalam laporan tersebut. Selain itu, begitu banyak jumlah bujangan telah menyebabkan munculnya pelbagai kaedah untuk mencari jodoh.

Soalan 1:
Sekiranya saudara masih bujang, apakah kaedah saudara akan ambil untuk mencari jodoh. Melalui laman web? Rancangan TV? Atau berjumpa dengan orang yang diperkenalkan oleh sahabat atau saudara mara? Apakah sebabnya? 

Soalan 2:
Yang manakah saudara paling pentingkan semasa mencari jodoh, pendapatan, latar belakang keluarga, taraf pendidikan, umur, paras rupa atau hati budi?

Soalan 3:
Apakah pendapat anda mengenai perkahwinan atau percintaan transnasional?

Silalah memaklumkan nama dan alamat kiriman anda kepada kami di emel :  mal@cri.com.cn

Bahagian Bahasa Melayu
Radio Antarabangsa China


Tidak ada komentar: