Rabu, 14 September 2011

"Xinjiang dalam Lensaku"— Kembara Jurugambar Asing




Seramai 14 jurugambar dari 10 buah negara Islam, iaitu Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Qatar, Turki, Iran, Nigeria, Kenya, Indonesia dan Pakistan kini mengadakan penggambaran selama 14 hari di Xinjiang bermula hari ini.
Malaysia diwakili jurufoto dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA, Shahrizan Jeffri Aziz.
Program "Xinjiang Dalam Lensaku" dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China (CRI) dan Jabatan Penerangan kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.
Wartawan CRI di Urumqi, Satria melaporkan, majlis perasmian diadakan pagi tadi. Program itu untuk memperkenalkan budaya, pelancongan dan masyarakat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang kepada dunia. Hasil kerja jurufoto berkenaan akan dikumpulkan untuk dibuat pemilihan gambar terbaik di laman sesawang di China dan negara peserta program itu.
Pemilihan dalam talian bermula pada November bertajuk "Xinjiang yang Mempesonakan". Keputusan akan diumumkan pada bulan Disember. Pemenang akan menerima hadiah melancong ke Xinjiang atas tajaan pihak penganjur pada tahun 2012. *CRI MALAY*

Tidak ada komentar: