Sabtu, 28 Juli 2012

Berita dari CRI Malay

Mari Berbalas Pantun yang Bertemakan Sukan Olimpik Sukan Olimpik 2012 akan diadakan di London, Britain dari 27 Julai hingga 12 Ogos nanti, dan diikuti dengan Sukan Paralimpik pada 29 Ogos hingga 9 September di bandar yang sama. Sempena berlangsungnya kedua-dua temasya sukan yang masyhur itu, Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) akan menganjurkan aktiviti “Mari Berbalas Pantun yang Bertemakan Sukan Olimpik” di Facebook. Anda boleh memberikan pantun atau komen yang bertemakan Sukan Olimpik atau apa-apa aktiviti sukan untuk dikongsikan di sini atau menghantar e-mail kepada mal@cri.com.cn Peserta berpeluang memenangi hadiah istimewa dari CRI, iaitu alas meja sulam klasik. Hadiah itu akan dikirimkan kepada para pemenang secara percuma. Nama pemenang akan diumumkan pada 12 September. Sukan Olimpik lebih menarik dengan kehadiran Anda! Datanglah untuk mengikuti!

Tidak ada komentar: