Sabtu, 03 Desember 2011

Persetujuan Penggunaan Perkhidmatan Panggilan dalam Talian

1. Tip
1.1
Radio Antarabangsa China (CRI) bersetuju untuk menawarkan perkhidmatan panggilan dalam talian berdasarkan fasal-fasal dalam persetujuan ini serta peraturan yang berkaitan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Untuk memperoleh perkhidmatan tersebut, pengguna perlu bersetuju dengan semua fasal dalam persetujuan ini.
Mengklik butang "setuju" menpenggunakan pengguna menerima semua fasal dalam persetujuan ini.
1.2
Dalam proses menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu bertanggungjawab terhadap segala kenyatakan yang dikeluarkan.
2. Kandungan Perkhidmatan
2.1
Pengguna yang menggunakan pelayar Internet Explorer, boleh mengklik pautan berikut ini untuk membuat panggilan secara percuma ke CRI dan berkomunikasi secara lisan dengan personel CRI.
2.2
Perkhidmatan ini ditawarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9.30 pagi hingga sampai 11.30 pagi dan pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.
2.3
Ketika memberikan perkhidmatan panggilan dalam talian, CRI akan berusaha untuk meminimumkan gangguan pada perkhidmatan berkenaan. Bagaimanapun, disebabkan perkhidmatan ini adalah dihantar menerusi rangkaian awam dan rangkaian telefon bersuis awam (PSTN), maka perkhidmatan ini berkemungkinan akan mengalami gangguan yang menjejaskan kualiti komunikasi pengguna. Harap maklum.
2.4
Sejajar dengan permintaan pasaran semasa serta kemajuan sains dan teknologi, CRI boleh mengubah fungsi teknologi, memperbaiki serta mengemaskinikan perkhidmatan. oleh sebab itu, pengguna mungkin akan menghadapi gangguan perkhidmatan.
2.5
CRI berhak mengawal kandungan yang disebarkan melalui penggunaan perkhidmatan panggilan dalam talian. Pengguna adalah bertanggungjawab terhadap kandungan kenyataan yang dikeluarkan. Oleh sebab itu, pengguna dilarang membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan, menyalahi undang-undang, mendatangkan pengaruh negatif terhadap golongan di bawah umur, lucah atau lain-lain, yang tidak menyenangkan.
2.6
Perkhidmatan panggilan dalam talian ini adalah percuma.
3. Cara Penggunaan
3.1
Pengguna perlu:
ⅰ. Klik Control Panel;
ⅱ. Pilih Internet Option dan klik Secutity;
ⅲ. Pilih Trusted Site;
ⅳ. Tenambah http://call.95013.com ke dalam laman sesawang.
3.2
Turunkan tahap Secutity bagi Trusted Site ke "rendah", dan daftar keluar (log out).
3.3
Apabila mengklik "panggil saya", sistem akan mengingatkan pengguna supaya memasang pemalam (plug-in). Setelah dipasang, klik butang "setuju" untuk membuat panggilan.

Tidak ada komentar: