Kamis, 16 Desember 2010

Kuis Tahun Baru 2011 CRI Melayu

Saudara pendengar,

Sempena menyambut Tahun Baru 2011, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada saudara-saudari sekalian. Semoga semua pendengar berjaya dalam hidup, berada dalam keadaan sihat walafiat dan selalu bahagia sepanjang tahun baru.

Bolehkah anda memberitahu kami sekiranya anda ada pengalaman yang menggembirakan atau yang meninggalkan kesan yang mendalam sepanjang tahun 2010 dan apakah harapan atau rancangan anda bagi tahun 2011?

Jawapan anda bolehlah diberikan kepada kami menerusi laman sesawang Bahagian Bahasa Melayu http://malay.cri.cn/504/2010/12/13/22s116549.htm
atau melalui E-mel: mal@cri.com.cn.

Sila maklumkan nama dan kewarganegaan anda dalam jawapan itu.

Terima kasih.
Bahagian Bahasa Melayu CRI

Tidak ada komentar: