Kini, semakin banyak bandar menghadapi masalah akibat sampah sarap. Sama ada sampah dibakar atau ditanam, mengasingkan sampah mengikut jenisnya dianggap langkah asas dalam pelupusan sampah.
Huang Xiaoshan, warga Beijing, menjadi terkenal selepas penentangannya terhadap pembinaan Pusat Pembakaran Sampah Asuwei. Dalam tempoh lebih dua tahun kebelakangan ini beliau bersungguh-sungguh membina cara pelupusan sampah yang lebih cekap. Sekarang ini, "Rumah Hijau", projek pertama dalam program pelupusan sampahnya telah berjaya disiapkan di daerah Changping, Beijing. "Rumah Hijau" dijangka akan mula beroperasi menjelang penghujung bulan ini. Program bernilai 140 ribu yuan RMB biayaan Huang Xiaoshan itu diharap akan mendatangkan faedah kepada dua ribu buah keluarga tempatan dalam pengasingan dan pengitaran semula sampah sarap mereka.
Adakah program "Rumah Hijau" ini akan menyelesaikan masalah sampah sarap di bandar raya Beijing? Topik ini sudah menjadi perbincangan hangat. Terdapat juga pihak yang berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk mengadakan kempen mengasingkan sampah sebelum sampah dibuang dalam kalangan penduduk bandar.
Adakah tempat hidup anda juga menghadapi masalah sampah sarap yang terlalu banyak? Bagaimana anda menguruskan sampah di rumah sendiri? Bolehkah cuba berikan beberapa contoh cara-cara untuk menguruskan sampah dengan lebih mesra alam?
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Suara Sutera" pada 27 Julai nanti. ke www.cri.cn atau mal@cri.com.cn
Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar